Skip to main content

Privacy Policy

Penafian

Laman sesawang Pejabat Pendaftar (PP) adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penyebaran maklumat melalui laman web yang tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, PP berhak untuk membuat perubahan pada maklumat dari semasa ke semasa dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti atas ketepatan maklumat tersebut. PP mempunyai hak untuk mengubah atau mengubahsuai mana-mana bahagian tanpa notis terlebih dahulu. Laman web ini mungkin mengandungi pautan kepada pihak ketiga dan PP tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan dan kesesuaian kandungannya. Maklumat yang dimuat turun dari laman web dijamin daripada jangkitan Virus. PP tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan akibat jangkitan virus semasa memuat turun maklumat dari laman web.

 

Polisi Privasi

Laman web ini menggunakan Google Analytics, sebuah perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan "cookies", iaitu fail teks yang diletakkan pada komputer anda, untuk membantu laman web menganalisis bagaimana pengguna menggunakan laman web ini. Maklumat yang dihasilkan oleh cookie mengenai penggunaan laman web anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan laman web anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan pemprosesan data tentang anda oleh Google dengan cara dan tujuan yang dinyatakan di atas.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain; walau bagaimanapun dasar privasi hanya terpakai untuk laman web ini. Laman web lain yang dikaitkan dengan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan untuk mengkaji dan memahami dasar privasi untuk setiap laman web yang dilayari.

 

Polisi Keselamatan

Teknologi terkini termasuk kerahsiaan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pelawat harus mematuhi standard perlindungan yang ketat yang menyekat mereka daripada melawat laman web tertentu.

Semua penyimpanan elektronik dan data maklumat peribadi akan dilindungi dan disimpan menggunakan teknik keselamatan yang sesuai.

 

Notis Hak Cipta

Semua aspek mengenai laman web ini termasuk reka bentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian dan sumber kod adalah hak cipta PP melainkan dinyatakan sebaliknya.

Tiada sebahagian daripada kandungan atau bahan yang terdapat di laman web ini boleh diterbitkan, dilesenkan, dijual, diterbitkan, dihantar, diubah suai, disesuaikan, dipamerkan, disiarkan secara terbuka tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari PP.

  • Hits: 3046