Objektif Kualiti
Objektif Kualiti Pejabat Sumber Manusia (PSM)
1. Memastikan sekurang-kurangnya 95% pengisian perjawatan (sehingga surat tawaran dikeluarkan) diselesaikan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kekosongan jawatan berlaku.
2. Membayar Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada staf yang telah melengkapkan dokumen persaraan dan penamatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan.
3. Memastikan KPI bagi Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS mencapai sekurang-kurangnya 95% setahun.
4. Memastikan staf yang layak dinilai melalui Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) selesai 100% penilaian dalam tempoh yang ditetapkan.
Objektif Kualiti Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO)
1. Memastikan proses penyerahan tuntutan khairat kematian kepada staf dan waris selesai dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari tertakluk kepada baki semasa panjar khairat.
2. Memastikan proses pelantikan jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Provost diuruskan dalam tempoh 25 minggu sebelum tempoh jawatan oleh penyandang tamat.
3. Memastikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
Objektif Kualiti Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF)
1. Memastikan sekurang-kurangnya 90% kenderaan rasmi UTHM dapat diselenggara mengikut keperluan dan aspek penyelenggaraan utama.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% tempahan kenderaan daripada staf UTHM dapat dipenuhi.
3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% PTj berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan bangunan.
4. Memastikan sekurang-kurangnya 80% tempahan peralatan dan kelengkapan pengurusan majlis bagi menyokong program-program UTHM dapat dipenuhi.
5. Memastikan sekurang-kurangnya 90% aduan yang diterima di PPF diambil tindakan dan diberi maklum balas dalam tempoh 48 jam.
- Hits: 21