Skip to main content

FAQ

URUSAN PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN

1. Adakah pegawai yang memilih opsyen SSPA secara automatik bertukar kepada Skim KWSP? 

Tidak. Pegawai yang berada di bawah Skim Pencen atau Skim KWSP akan kekal di bawah pilihan masing-masing tidak kira memilih atau menolak ospyen SSPA.

2. Adakah SSPA menjejaskan taraf berpencen dan umur persaraan wajib yang pegawai telah pilih?

Opsyen SSPA tidak menjejaskan skim berpencen dan umur persaraan wajib yang telah dipilih. Bagi pegawai yang dilantik pada/selepas 1 Januari 2012, umur persaraan wajib masih kekal 60 tahun. Manakala, pegawai yang dilantik sebelum tarikh tersebut, umur persaraan wajib adalah kekal sepertimana yang telah dipilih seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2011, Bil. 12/2011, dan Bil. 13/2011.

3. Pegawai yang dilantik tetap dan memilih opsyen SSPA, namun masih belum disahkan dalam perkhidmatan, adakah mereka masih ditawarkan untuk memilih Skim Pencen atau Skim KWSP? 

Ya, benar. Pegawai masih akan ditawarkan pilihan Skim Pencen atau KWSP. Namun, pegawai harus membuat pertimbangan sewajarnya kerana pilihan skim adalah muktamad.

4. Sekiranya saya tidak memilih opsyen SSPA, adakah saya akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) seperti yang dinyatakan di dalam pekeliling perkhidmatan?

Tidak, kerana ia hanya merujuk kepada pegawai yang masih di bawah JKK dan SSB, selepas itu, tidak memilih opsyen SSPA.

5. Sekiranya saya memilih opsyen SSPA dan ingin bersara pilihan, adakah bayaran pencen akan mula diterima pada usia 60 tahun?

Tidak. Walaupun pegawai memilih SSPA, bayaran pencen bagi pegawai yang bersara pilihan masih lagi kekal seawal usia 55 tahun bagi lantikan pada/selepas 12 April 1991

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan URUSAN PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN, sila berhubung dengan Encik Muaz Safuan Bin Mohd Ali, Bahagian Perkhidmatan dan Saraan, Pejabat Sumber Manusia. (07-4537114)

  • Hits: 550

PENERAJU KLUSTER PENDAFTAR

KLUSTER PEJABAT PENDAFTAR

ENCIK NAIM BIN MASLAN
PENDAFTAR / KETUA PEGAWAI OPERASI

PEJABAT SUMBER MANUSIA

ENCIK ABD AHMAD FARID BIN MD SAID
PENGARAH PEJABAT SUMBER MANUSIA

PEJABAT PENGURUSAN ORGANISASI

PUAN HASZRINAZ BINTI HUSAIN@HASHIM
PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN ORGANISASI

PEJABAT PENGURUSAN FASILITI

ENCIK HAIRUL NIZAT BIN SIBAN
PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN FASILITI

PEJABAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN

SUPT/PB MUHAMMAD KHAIR BIN MAHMOOD DEAN
PENGARAH PEJABAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN

PUSAT KEPIMPINAN DAN KOMPETENSI

PROF. Dr. NOR HAZANA BINTI ABDULLAH
PENGARAH PUSAT KEPIMPINAN DAN KOMPETENSI

PEJABAT KESELAMATAN, PERSEKITARAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PUAN HAZIFA HANI BINTI RAMLI
PENGARAH PEJABAT KESELAMATAN, PERSEKITARAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

DR. ARBA'AH BINTI SALIM
PENGARAH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Read more …PENERAJU KLUSTER PENDAFTAR

  • Hits: 616