Soal Jawab Lazim
Unit Kompetensi
KELAYAKAN BAGI MENDUDUKI/MENGULANG
PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
TAHUN 2010
PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN |
||
KAEDAH BARU ( PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI - PPK )
|
||
Keputusan PTK Jun 2010 |
Keputusan PTK November 2010 |
PTK Jun 2011 |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras III) |
Ulang PTK (Aras III) |
Tidak dibenarkan mengulang PTK bagi TK yang sama |
Tidak Menduduki PTK |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras III) |
Layak mengulang sekali lagi sahaja bagi TK yang sama |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras III) |
Tidak Mengulang PTK |
Layak mengulang sekali lagi sahaja bagi TK yang sama |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras I/ II) |
Ulang PTK (Aras III) |
Layak mengulang sekali lagi sahaja bagi TK yang sama |
Tidak Menduduki PTK |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras I/ II) |
Layak mengulang sehingga Melepasi Tahap Kompetensi |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras I/ II) |
Layak mengulang (Aras I/ II) |
Layak mengulang sehingga Melepasi Tahap Kompetensi |
Pertama kali menduduki PTK kaedah baru (Aras I/ II) |
Tidak Mengulang PTK |
Layak mengulang sehingga Melepasi Tahap Kompetensi |
Q & A
1. Mengapa peluang untuk memperbaiki keputusan PTK di Aras III hanya sekali sahaja?
i) Pegawai yang telah mendapat keputusan Aras III telah membuktikan penguasaan kompetensi yang baik dan telah memenuhi kompetensi yang diperlukan di gred berkenaan;
ii) Dari segi keperluan kerjaya, pegawai yang mendapat keputusan Aras III telah memenuhi syarat PTK untuk tujuan kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, peluang masih lagi diberikan sekali lagi sahaja untuk pegawai membaiki keputusan ke Aras IV bagi tujuan mendapat Anjakan Gaji;
iii) Peluang menduduki semula PTK sewajarnya diberikan keutamaan kepada pegawai yang belum lulus/melepasi tahap kompetensi ; dan
iv) Untuk memastikan pegawai betul-betul bersedia, komited dan serius ketika menduduki penilaian PTK
* Sila rujuk jadual di atas.
2. Bolehkah calon yang telah mendapat Aras III ingin mengulang pada sesi November 2010 sekiranya calon tidak bersedia pada sesi Jun 2010?
Ya. Calon Aras III boleh mengulang PTK pada sesi November 2010 jika tidak bersedia pada sesi Jun 2010.
3. Pegawai yang mendapat keseluruhan Aras I atau Aras II semasa menduduki PTK mempunyai peluang berapa kali untuk memperbaiki keputusan di bawah kaedah baru?
Pegawai yang mendapat aras keseluruhan I atau II boleh memperbaiki keputusan dengan mengulang kedua-dua komponen sehingga mendapat aras melepasi tahap kompetensi iaitu Aras III atau Aras IV.
Contoh: Komponen Generik Aras III, Komponen Fungsional Aras II = Aras II
# Dibenarkan mengulang kedua-dua komponen sehingga mendapat aras melepasi tahap kompetensi.
4. Adakah keputusan PTK yang diperolehi sebelum kaedah baru dilaksanakan, masih boleh digunakan?
Boleh kerana keputusan PTK masih dalam bentuk Aras iaitu Aras I, II, III atau IV.
Pengubahsuaian hanya melibatkan penjenamaan semula keputusan komponen daripada ‘aras’ kepada ‘gred”
5. Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK hanya dipertimbangkan keputusan terbaik pada Aras III?
Keputusan pada Aras III adalah memadai untuk membolehkan pegawai dinaikkan pangkat dalam jawatan yang dipangku, terutama bagi pegawai yang memangku melangkau gred tanpa menunggu urusan pengesahan di gred tersebut.
Contoh : Hakiki Gred 44, memangku Gred 52. Telah lulus TK3 tetapi belum disahkan di Gred 48, kini boleh menduduki TK4.
6. Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK tidak diberikan peluang mendapat Aras IV?
Pegawai masih berpeluang mendapat Aras IV sekiranya menduduki PTK pada gred hakiki yang lebih tinggi. Peruntukan ini adalah berbentuk pilihan.
7. Adakah calon diwajibkan menduduki kedua-dua kompenen Generik dan Fungsional sekaligus atau boleh memilih mendudukinya secara berasingan?
Calon boleh menduduki mana-mana komponen Generik atau Fungsional mengikut pilihan calon
8. Adakah calon yang beberapa kali memperbaiki keputusan Aras III dalam kaedah lama masih berpeluang memperbaiki keputusan ke Aras IV dalam kaedah baru?
Ya. Calon perlu terlebih dahulu menduduki PTK kaedah baru kali pertama dan sekiranya masih gagal mendapat keputusan Aras IV mempunyai peluang mengulang sekali sahaja untuk memperbaiki keputusan Aras III apabila kaedah baru dilaksanakan.
9. Kenapa calon yang tidak hadir tanpa alasan munasabah dikenakan penagguhan?
Untuk memberi peluang yang mencukupi kepada calon untuk membuat persediaan bagi tujuan mendapat keputusan yang lebih baik.
Memastikan calon lebih bersedia dan komited serta tidak mengambil mudah urusan PTK kerana ianya melibatkan perbelanjaan Universiti.
10. Bilakah tempoh 12 bulan penangguhan bermula?
Penangguhan 12 bulan bermula dari tarikh PTK yang tidak dihadiri.
Contoh: Tarikh tidak hadir 5 Jun 2010. Tarikh PTK berikutnya yang boleh dihadiri ialah pada 5 Jun 2011 dan seterusnya.