Soal Jawab Lazim

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan ( Akademik )

1. Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?

JAWAPAN
Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-

• Cuti Sakit (Bergaji Penuh) Maksimum:

  • 90 Hari
  • Pegawai Melulus: Ketua Jabatan

• Cuti Sakit (Bergaji Penuh) Maksimum:

  • 90 Hari
  • Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha

• Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji) Maksimum:

  • 90 Hari
  • Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan)

• Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji) Maksimum:

  • 90 Hari
  • Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha (dengan perakuan Lembaga Perubatan)

Cuti Sakit Lanjutan boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut, jika anggota belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

 

2. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?

JAWAPAN
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.

 

3. Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?

JAWAPAN
• Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun.
• Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 - umur persaraan wajib adalah 56 tahun
• Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 - Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.

 

4. Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

JAWAPAN
Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:

(i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
(ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar pada umur bersara wajib yang terpakai baginya iaitu sama ada pada umur 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun.

 

5. Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

JAWAPAN
Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah :-

• balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
• anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

 

6. Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara yang meninggal dunia?

JAWAPAN
Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

• salinan sijil kematian
• salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
• salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
• salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
• dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
• sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
• Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).

Sumber : Laman Web JPA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

+607 – 453 7000   +607 – 453 6337    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   www.pendaftar.uthm.edu.my

       

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Peta Laman | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.
© Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2012. Hak cipta terpelihara.

.
Template © QualityJoomlaTemplates and Top Online Poker