Piagam Pelanggan Pejabat Pendaftar
Berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
- Mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap, pantas dan canggih dengan menggunakan teknologi terkini.
- Menguruskan pengambilan kategori staf akademik bertaraf tetap, pinjaman atau kontrak (warganegara) dengan cekap dan teratur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan diterima.
- Memastikan urusan kenaikan pangkat staf akademik dilaksanakan dengan teratur mengikut kriteria yang ditetapkan.
- Mewujudkan satu sistem perkhidmatan yang cekap dengan mewujudkan skim perkhidmatan yang kemaskini dan terkini bagi semua kategori staf.
- Memastikan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib dikemukakan kepada Lembaga berkenaan dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya semua maklumat dikehendaki lengkap.
- Memberi peluang yang sama kepada semua kategori staf untuk mendapatkan peluang menjalani latihan
- Melaksanakan program latihan kepada staf Universiti dengan teratur dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh penerimaan permohonan dengan syarat menerima dokumen yang lengkap.
- Menguruskan Permohonan melanjutkan pelajaran dan permohonan biasiswa dalam tempoh (3) bulan daripada tarikh permohonan dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
- Menguruskan permohonan seminar/konvokesyen/ latihan praktikal dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya permohonan adalah lengkap.
- Menguruskan tiket penerbangan dalam tempoh tiga (4) minggu sekiranya permohonan adalah lengkap daripada tarikh permohonan.
- Memastikan keselamatan adalah sentiasa terpelihara.
- Menguatkuasakan disiplin dan peraturan yang telah ditetapkan undang-undang dan peraturan keselamatan yang digunapakai oleh Universiti.
- Menyediakan perkhidmatan kawalan lalulintas dan menentukan pergerakan kenderaan bergerak lancar.
- Menyelaras tempat letak kenderaan pada majlis Universiti dijalankan agar sentiasa teratur dan memenuhi keperluan semasa.
- Menerima setiap aduan dengan mesra dan cekap, salinan aduan akan dikeluarkan dalam masa 3 hingga 5 minit .
- Menguruskan perjalanan perkhidmatan kenderaan, pas pekerja dengan jujur dan amanah serta mengeluarkan resit rasmi bayaran dalam masa 3 hingga 5 minit.
- Menyediakan dan memajukan laporan kemalangan, kemalangan nyaris dan penyakit pekerjaan kepada Dato’ Naib Canselor dan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor dalam tempoh 72 jam bagi setiap kejadian.
- Melayan pelanggan dengan adil tanpa ada sikap pilih kasih.
- Menguruskan kemasukan pelawat dengan mesra dan cekap.
- Memastikan semua surat yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja (bergantung kepada jenis surat).
- Memastikan email yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari.
- Melaksanakan urusan kad matrik dalam tempoh 15 minit tanpa masalah sistem rangkaian.
- Memastikan tindakan tatatertib / tindakan surcaj dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib / Lembaga Pengarah Universiti mengikut mana yang berkenaan dengan seberapa segera dan semunahsabahannya.