Objektif Pejabat Pendaftar

| Print |

1. Mengurus sumber manusia dengan melaksanakan proses pengambilan, pengekalan dan pengurusan risiko melalui pengurusan bakat yang bersistem.

2. Memberikan perkhidmatan yang bermutu, berkualiti dan mesra pelanggan melalui kecekapan pentadbiran dan pengurusan rekod yang sistematik serta pengurusan kewangan yang berhemah.

3. Merancang dan melaksanakan kawalan keselamatan yang berkesan dan efektif melalui penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan bijaksana.

4. Menguruskan pembangunan sumber manusia secara holistik untuk memenuhi aspirasi dan hala tuju universiti.

5. Memperkasa dalam mempertingkatkan kesejahteraan staf melalui pembangunan sosial yang profesional ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran sejagat.