Caruman Skim Insurans Berkelompok

CARUMAN SKIM INSURANS BERKELOMPOK

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD

BAGI TEMPOH 02hb. APRIL 2015 HINGGA 01hb. APRIL 2016


Skim Insurans Berkelompok bagi kakitangan Universiti ini telah diwujudkan mulai 25hb. September 2008 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2008 selepas melalui persetujuan kelulusan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 6/2008 pada tarikh 08hb. Julai 2008 bagi mewujudkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok ini.

 

Caruman Skim Insurans Berkelompok ini bertujuan bagi memberi perlindungan kepada staf di Universiti di bawah satu Sijil. Skim ini memberikan faedah kepada staf atas balasan bayaran sumbangan mencarum mengikut pelan insurans yang dipersetujui dan bersesuaian dengan kadar purata bayaran. Bagi staf yang mencarum, potongan gaji akan dibuat hanya sekali (1) setahun sahaja berdasarkan pelan insurans yang diiktiraf oleh pihak Universiti. Pelan Insurans Berkelompok ini disediakan bagi semua staf Universiti.

 

Kebajikan staf adalah merupakan antara agenda utama yang amat dititikberatkan bagi menjamin kualiti produktiviti staf dan sebagai usaha membantu staf atau pewarisnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sebarang musibah yang tidak diingini.

 

Berdasarkan sumbangan semasa yang dinikmati oleh staf atau pewarisnya apabila staf yang ditimpa musibah seperti kematian dan sebagainya berdasarkan faedah skim insurans yang dilantik semasa iaitu Sijil Takaful Malaysia sehingga tamat tempoh pada 01hb. April 2016 hanya layak memperolehi faedah/ manfaat seperti berikut:-

 

   Manfaat Kematian (Sebab Biasa)                                                           : RM 10,000.00

   Manfaat Kematian (Sebab Kemalangan)                                                : RM 20,000.00           

   Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Sebab Biasa)                         : RM 10,000.00

   Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (Sebab Kemalangan)              : RM 10,000.00

   Manfaat Perbelanjaan Pengebumian                                                     : RM   3,000.00

 

 

Pihak Universiti telah bersetuju berdasarkan skim insurans tersebut dengan melalui kaedah pemotongan gaji sekali dalam tempoh setahun dengan jumlah RM 27.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tujuh Sahaja) bagi insurans berkelompok dan RM 9.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Sahaja) bagi khairat kematian Universiti. Pihak KSUTHM juga bersetuju untuk membuat penambahan sebanyak RM 3.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Sahaja) sebagai sumbangan galakan kepada setiap ahli yang mencarum dalam insurans berkelompok ini. Potongan gaji ini akan dibuat untuk semua staf yang mencarum pada bulan Mac 2015.

 

Bagaimanapun, bagi staf yang tidak bersetuju untuk mencarum di dalam skim Takaful ini, pihak Universiti hanya akan membuat potongan gaji berjumlah RM 12.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Sahaja) untuk pembayaran khairat kematian Universiti. Potongan gaji ini juga akan dibuat pada bulan Mac 2015.

 


PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

+607 – 453 7000   +607 – 453 6337    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   www.pendaftar.uthm.edu.my

       

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Peta Laman | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.
© Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2012. Hak cipta terpelihara.

.
Template © QualityJoomlaTemplates and Top Online Poker