Articles
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja
SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA
Unit Kebajikan Staf juga ditugaskan untuk melaksanakan satu skim bayaran pampasan yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota bertaraf tetap, kontrak dan sementara dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Kehakiman yang ditimpa bencana kerja sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan yang ditafsirkan sebagai hilang upaya kekal semasa di dalam tugas rasmi melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001 yang berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2001.