Articles
Wang Bantuan Mengurus Jenazah
WANG BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM BERDASARKAN
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2010
Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada waris pegawai atau pihak yang menguruskan jenazah pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sama ada di dalam atau di luar tugas rasmi adalah layak diberikan sumbangan berjumlah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) kepada staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sama ada yang dilantik secara tetap, kontrak (contract of service), atau pegawai sementara dan sambilan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2010 yang berkuatkuasa 15hb. Oktober 2010.
Bahagian Kesejahteraan dan Kebaijkan Staf akan menyerahkan Wang Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah akan diserahkan kepada waris simati selepas penerimaan cek daripada Pejabat Bendahari UTHM.