Soal Jawab Lazim

Unit Latihan dan Kursus

Permohonan Kursus/Latihan Agensi Luar di dalam Negara


1. Bagaimana cara saya ingin memohon kursus/latihan anjuran Agensi Luar?

Jawapan
Staf boleh menggunakan Borang Permohonan Menghadiri Kursus/Latihan/Persidangan Anjuran Agensi Luar di dalam Negara (UTHM.PP/ULK-03/2007/pin.2). Panduan dan peraturan permohonan juga boleh di dapati pada helaian hadapan pada borang tersebut.

 

2. Berapa hari tempoh borang permohonan kursus/latihan anjuran agensi luar hendak dihantar ke Pejabat Pendaftar sebelum kursus bermula?

Jawapan
Sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum kursus/latihan bermula.

 

3. Bagaimana sekiranya tempoh kurang dari 3 minggu?

Jawapan
Pejabat Pendaftar tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kelewatan untuk proses kelulusan.

 

4. Berapa lama proses kelulusan kursus/latihan anjuran agensi luar dapat diketahui?

Jawapan
Proses kelulusan akan dapat diketahui di dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja (sekiranya maklumat lengkap).

 

5. Sekiranya saya mendapat arahan daripada Ketua PTj untuk hadir kursus/latihan/seminar, adakah saya perlu memohon kelulusan Pejabat Pendaftar?

Jawapan
Ya, staf tetap perlu melalui proses permohonan kelulusan daripada Pejabat Pendaftar kerana akan melibatkan implikasi kewangan dan rekod latihan staf.

 

6. Sekiranya saya menghadiri kursus/latihan terlebih dahulu, dan selepas itu baru memohon kelulusan, apakah status permohonan saya?

Jawapan
Sekiranya permohonan staf tidak diluluskan, maka staf perlulah menanggung segala kos yang terlibat seperti tuntutan yuran, bayaran penginapan dan sebagainya. Staf juga tidak layak untuk membuat tuntutan perjalanan dan tidak boleh memohon pergerakan staf sepanjang tempoh kursus/latihan dihadiri.

 

7. Bagaimana dengan urusan Pendaftaran Kursus dengan Pihak Penganjur, tempahan hotel dan urusan-urusan lain?

Jawapan
Unit Latihan & Kursus hanya menguruskan dari segi kelulusan staf menghadiri kursus serta pembiayaan kewangan sahaja. Semua permohonan dengan penganjur, urusan penginapan, pengangkutan dan tuntutan kewangan, perlu diuruskan sendiri oleh staf.

 

8. Setelah mendapat kelulusan, sekiranya saya ingin menarik diri menghadiri kursus, apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Jawapan
Staf perlu menghantar surat pemakluman kepada Unit Latihan & Kursus serta hendaklah memaklumkan terus kepada pihak penganjur. Kegagalan berbuat demikian, Pejabat Pendaftar tidak akan bertanggungjawab atas segala tuntutan kos daripada penganjur.

 

9. Sekiranya permohonan saya mengikuti kursus ditolak, bolehkah saya membuat rayuan?

Jawapan
Rayuan boleh dibuat kepada Pendaftar Universiti

 

Permohonan Kursus/Latihan Agensi Luar di Luar Negara


1. Bagaimana cara saya ingin memohon kursus/latihan di luar negara?

Jawapan
Staf boleh menggunakan Borang Permohonan Menghadiri Kursus/Latihan/Persidangan Anjuran Agensi Luar di luar Negara (UTHM.PP/ULK-14/2007/pin.2). Panduan dan peraturan permohonan juga boleh di dapati pada helaian hadapan pada borang tersebut.

 

2. Pembiayaan Yuran dan tuntutan Perjalanan menghadiri Kursus di luar Negara?

Jawapan
Staf boleh menggunakan Vot Penyelidikan atau peruntukkan PTj masing-masing.

 

3. Perlukah saya mendapat kelulusan Naib Canselor untuk ke luar Negara?

Jawapan
Ya, hanya Naib Canselor sahaja yang boleh memberi kelulusan staf untuk ke luar negara.

 

Pembiayaan Kewangan menghadiri Kursus/Latihan


1. Pembiayaan Yuran dan tuntutan Perjalanan menghadiri Kursus anjuran Universiti atau Agensi luar?

Jawapan
Segala pembiayaan kewangan terutama yuran dan tuntutan perjalanan boleh dibiayai dengan menggunakan Vot Pusat (Pejabat Pendaftar) tetapi staf hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

 

2. Pembayaraan Yuran Pendaftaran kepada pihak Penganjur?

Jawapan
Kebiasaannya pihak Unit Latihan & Kursus akan mengeluarkan ’GL’ atau surat jaminan pembayaran kepada penganjur.

 

3. Sekiranya pihak penganjur memberikan Inbois Kursus kepada saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan
Staf hendaklah menghantar inbois tersebut terus kepada Unit Latihan & Kursus untuk proses pembayaran.

 

4. Bagaimana hendak membuat tuntutan selepas menghadiri Kursus/latihan?

Jawapan
Staf boleh mengisi borang Tuntutan Perjalanan (BEN/UPY/004) tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kursus dan kemukakan kepada Pejabat Pendaftar. (sekiranya peruntukkan dibawah PTj, hendaklah dikemukakan kepada PTj berkenaan)

 

Permohonan Kursus/Latihan anjuran Pejabat Pendaftar


1. Bagaimana saya ingin tahu keseluruhan perancangan program latihan Universiti?

Jawapan
Staf boleh merujuk Takwim Latihan Staf tahun 2010 di laman web Pejabat Pendaftar ataupun poster-poster takwim latihan yang telah diedarkan ke setiap PTj.

 

2. Bagaimana saya boleh mengetahui kursus/latihan yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini oleh Pejabat Pendaftar?

Jawapan
Kebiasaanya Unit Latihan & Kursus akan mengiklankan atau menghebahkan di dalam email staf kursus-kursus yang terkini.

 

3. Bagaimana cara saya ingin memohon kursus/latihan dalaman anjuran universiti/unit latihan Pejabat Pendaftar?

Jawapan
Staf boleh menggunakan Borang Permohonan Kursus anjuran Pejabat Pendaftar (UTHM.PP/ULK-12/2007). Sekiranya kursus tersebut dikenakan bayaran oleh pihak penganjur, staf hendaklah mengisi borang (UTHM.PP/ULK-03/2007/pin.2).

 

4. Bagaimana kriteria pemilihan peserta kursus dalaman anjuran Pejabat Pendaftar?

Jawapan
Antara kriteria utama ialah kursus yang akan dihadiri mesti berkaitan dengan tugas, jumlah jam latihan staf pada tahun tersebut serta bilangan peserta bagi setiap PTj.

 

5. Bagaimana staf boleh mengetahui samada terpilih sebagai peserta kursus dalaman?

Jawapan
Unit Latihan & Kursus akan mengeluarkan surat pangilan peserta selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum kursus bermula.

 

Kursus Mandatori Staf Baru


1. Adakah kursus mandatori wajib untuk Staf Baru?

Jawapan
Ya, kursus Mandatori wajib bagi staf baru (bukan akademik) untuk semua kategori jawatan dan gred yang melapor diri sebagai staf tetap mulai 1 Januari 2010.

 

2. Berapa lama staf diberi tempoh untuk melengkapkan kesemua kursus mandatori?

Jawapan
Di dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun.

 

3. Apakah Kursus-Kursus Mandatori?

Jawapan

  • Program Pembangunan Karektor
  • Bengkel Fail Meja dan MPK
  • Kursus kesedaran ISO dan amalan 5S
  • Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Kursus Perkhidmatan Pelanggan
  • Kursus Menulis Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat
  • Bengkel Pengurusan Kewangan Universiti
  • Kursus Asas Microsoft Office (Excel)

 

4. Bagaimana cara pelaksanaan Kursus Mandatori?

Jawapan
Staf diberi kebebasan untuk menghadiri mana-mana kursus tersebut tanpa perlu mengikut turutan kursus tertentu asalkan di dalam tempoh yang ditetapkan.

 

5. Apakah implikasi sekiranya staf gagal menghadiri kursus mandatori?

Jawapan
Sekiranya staf gagal untuk hadir kesemua Kursus Mandatori dalam tempoh ditetapkan, staf boleh dihalang daripada menduduki apa-apa jua penilaian kompetensi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan/universiti. Selain itu, pihak universiti juga boleh mengenakan tindakan menahan pergerakan gaji staf tersebut sehingga staf tersebut memenuhi syarat kehadiran kursus-kursus tersebut.

 

Kursus Induksi Umum/Khusus/BTN


1. Saya merupakan staf baru, bila saya akan di panggil untuk mengikuti kursus Induksi?

Jawapan
Setelah 6 bulan selepas melapor diri sebagai staf tetap.

 

2. Bagi Kursus Kenegaraan (BTN)?

Jawapan
Tertakluk pada jadual dan tawaran daripada pihak BTN. Kebiasaanya, setelah mendapat tawaran rasmi daripada pihak BTN, Unit Latihan & Kursus akan mengeluarkan surat tawaran kepada staf yang layak. (Bagi Kursus BTN cuti belajar hendaklah berhubung terus dengan Unit Cuti Belajar).

 

3. Saya pernah mengikuti kursus induksi dan kenegaraan ketika saya berkhidmat dengan majikan lama saya, bolehkah saya memohon pengecualian menghadiri kursus tersebut?

Jawapan
Staf hendaklah menghantar surat permohonan pengecualian melalui Ketua PTj beserta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah diakui sah ke Pejabat Pendaftar.

 

4. Setelah saya LULUS kursus induksi umum/khusus, bolehkah saya disahkan dalan Jawatan?

Jawapan
Ya, sekiranya staf telah memenuhi syarat keperluan lain seperti lulus Peperiksaan Perkhidmatan Staf, Lulus Kursus Kenegaraan anjuran Pihak BTN, lulus Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran PNP (staf akademik), hadir Kursus Mandatori (staf bukan akademik) serta mendapat sokongan Ketua Jabatan/Prestasi tahunan.

 

Rekod Latihan


1. Bagaimana saya hendak menyemak dan mengetahui rekod latihan saya sepanjang Perkhidmatan?

Jawapan
Staf boleh merujuk dan menyemak melalui TCIS di dalam ruangan rekod latihan staf.

 

2. Bagaimana saya hendak mengemaskinikan rekod latihan saya?

Jawapan

Staf hendaklah menyerahkan salinan sijil kehadiran atau salinan rekod kehadiran kepada Unit Latihan & Kursus.

 

3. Saya telah hadir kursus/seminar/bengkel anjuran fakulti tetapi rekod latihan masih tidak dikemaskinikan?

Jawapan
Sila maklumkan kepada pihak penganjur (fakulti) untuk menghantar senarai kehadiran peserta kepada Unit Latihan & Kursus untuk dikemaskini.

 

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

+607 – 453 7000   +607 – 453 6337    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   www.pendaftar.uthm.edu.my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.
© Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2012. Hak cipta terpelihara.

.
Template © QualityJoomlaTemplates and Top Online Poker