Sekapur sirih

Kata Aluan Pendaftar

| Print |

Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato' / Prof. / Tuan / Puan melayari Laman Web Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pejabat Pendaftar merupakan tunjang utama pentadbiran UTHM yang bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Keselamatan universiti. Ia terdiri daripada beberapa Bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi dan Bahagian Keselamatan.

Adalah menjadi hasrat pejabat ini untuk memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dapat di penuhi, Pejabat Pendaftar cuba menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Laman Web Pejabat Pendaftar. Harapan saya semoga Laman Web ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada kakitangan Universiti.

 

En. Abdul Halim bin Abdul Rahman