Piagam Pelanggan Pejabat Pendaftar

Berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :    

  1. Mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap, pantas dan canggih dengan menggunakan teknologi terkini.
  2. Menguruskan pengambilan kategori staf akademik bertaraf tetap, pinjaman atau kontrak (warganegara) dengan cekap dan teratur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan diterima.
  3. Memastikan urusan kenaikan pangkat staf akademik dilaksanakan dengan teratur mengikut kriteria yang ditetapkan.
  4. Mewujudkan satu sistem perkhidmatan yang cekap dengan mewujudkan skim perkhidmatan yang kemaskini dan terkini bagi semua kategori staf.
  5. Memastikan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib dikemukakan kepada Lembaga berkenaan dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya semua maklumat dikehendaki lengkap.
  6. Memberi peluang yang sama kepada semua kategori staf untuk mendapatkan peluang menjalani latihan
  7. Melaksanakan program latihan kepada staf Universiti dengan teratur dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh penerimaan permohonan dengan syarat menerima dokumen yang lengkap.
  8. Menguruskan Permohonan melanjutkan pelajaran dan permohonan biasiswa dalam tempoh  (3) bulan daripada tarikh permohonan dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
  9. Menguruskan permohonan seminar/konvokesyen/ latihan praktikal dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya permohonan adalah lengkap.
  10. Menguruskan tiket penerbangan dalam tempoh tiga (4) minggu sekiranya permohonan adalah lengkap daripada tarikh permohonan.
  11. Memastikan keselamatan adalah sentiasa terpelihara.
  12. Menguatkuasakan disiplin dan peraturan yang telah ditetapkan undang-undang dan peraturan keselamatan yang digunapakai oleh  Universiti.
  13. Menyediakan perkhidmatan kawalan lalulintas dan menentukan pergerakan kenderaan bergerak lancar.
  14. Menyelaras tempat letak kenderaan pada majlis Universiti dijalankan agar sentiasa teratur dan memenuhi keperluan semasa.
  15. Menerima setiap aduan dengan mesra dan cekap, salinan aduan akan dikeluarkan dalam masa 3 hingga 5 minit .
  16. Menguruskan perjalanan perkhidmatan kenderaan, pas pekerja dengan jujur dan amanah serta mengeluarkan resit rasmi bayaran dalam masa 3 hingga 5 minit.
  17. Menyediakan dan memajukan laporan kemalangan, kemalangan nyaris dan penyakit pekerjaan kepada Dato’ Naib Canselor dan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor dalam tempoh 72 jam bagi setiap kejadian.
  18. Melayan pelanggan dengan adil tanpa ada sikap pilih kasih.
  19. Menguruskan kemasukan pelawat dengan mesra dan cekap.
  20. Memastikan semua surat yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja (bergantung kepada jenis surat).
  21. Memastikan email yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari.
  22. Melaksanakan urusan kad matrik dalam tempoh 15 minit tanpa masalah sistem rangkaian.
  23. Memastikan tindakan tatatertib / tindakan surcaj dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib / Lembaga Pengarah Universiti mengikut mana yang berkenaan dengan seberapa segera dan semunahsabahannya.

1Akses Carian

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

+607 – 453 7000   +607 – 453 6337    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   www.pendaftar.uthm.edu.my

       

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Peta Laman | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.
© Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2012. Hak cipta terpelihara.

.
Template © QualityJoomlaTemplates and Top Online Poker